0830AM – 1700PM

Jumaat – Ahad

+60189571058

Suis Media Studio ( 002942968-T )

40170 Shah Alam, Selangor

0830AM – 1700PM

Jumaat – Ahad

+60189571058

Suis Media Studio ( 002942968-T )

40170 Shah Alam, Selangor

Tukar Pengunjung Website Menjadi Pembeli!

Melalui Analisa Data Kunjungan Pelanggan ke Website Anda.

Persoalan?

Bagaimana Menukar Pelanggan Yang Hanya Mengunjungi Website Anda Kepada Pelanggan Yang Pasti Membeli?

Analisa Data Kunjungan Website

          Analisa data bagi setiap kunjungan pelanggan ke website persendirian adalah penting. Ini bertujuan supaya pemilik perniagaan dapat melakukan pemantauan pada pola aktiviti pengunjung semasa dan setelah mereka melayari website persendirian anda. Data pola aktiviti pengunjung ini akan dikesan secara automatik dan boleh diakses melalui aplikasi telefon.

         Hasil analisa data kunjungan website ini juga dapat digunakan untuk penambahbaikan maklumat/huraian yang disampaikan di website. Strategi jualan bagi produk/khidmat yang dipasarkan turut dapat diperkemas agar menepati kehendak pelanggan dalam misi memastikan pelanggan yang mengunjungi akan pasti membeli. 

Kaedah Penyampaian Yang Releven

          Perlu diingatkan bahawa trend pemasaran di internet sering berubah dari tahun ke tahun. Kalau dahulunya pelanggan akan terus membeli setelah melayari website dalam tempoh yang singkat, kini sudah berbeza. Persaingan antara perniagaan sudah semakin sengit. Pelanggan masa kini perlu diyakinkan oleh pemilik perniagaan dengan testimoni, tawaran, dan ‘sebab kenapa perlu mereka membeli melalui anda’. Ini terjadi kesan daripada kemudahan akses internet yang meluas. 

          Justeru itu, suka untuk SUIS mengulangi bahawa menjadi satu kemestian untuk pemilik perniagaan melakukan analisa data kunjungan pelanggan ke website secara berterusan agar maklumat serta huraian yang disampaikan sentiasa releven di hati pelanggan.

          Sebagai tambahan, jumlah pengumpulan data pengunjung hanya akan boleh diguna pakai dan ditafsirkan setelah mencapai satu tempoh matang kunjungan ke website. Ini kerana, hasil data kunjungan daripada 300 pelanggan tidak kuat untuk merumuskan keberkesanan penyampaian maklumat yang diberi. Bahkan ianya masih terlalu awal untuk pemilik perniagaan membuat keputusan menukar strategi penyampaian kerana pada hakikatnya tidak semua pengunjung adalah pelanggan yang benar-benar bersungguh.

Fahami Setiap Data Yang Terkumpul

          Setiap data-data yang terkumpul perlu difahami kegunaannya kepada pemilik perniagaan. Ini bagi memanfaatkan setiap sudut data yang diperolehi supaya segala aspek penyampaian yang perlu dikekalkan atau diperbaiki dapat dilakukan tanpa ada yang tercicir.

Ingat!

          Misinya adalah memberikan huraian yang terbaik kepada pelanggan supaya mereka berjaya ditukar daripada pengunjung kepada pembeli.