0830AM – 1700PM

Jumaat – Ahad

+60195059157

admin@habpemasarandigital.com

Suis Media Studio ( 002942968-T )

40170 Shah Alam, Selangor

0830AM – 1700PM

Jumaat – Ahad

+60195059157

admin@habpemasarandigital.com

Suis Media Studio ( 002942968-T )

40170 Shah Alam, Selangor

Rumah Sewa atau Rumah Sendiri?

Memiliki Platform Digital Sendiri Yang Menjadi 'Hak Milik Persendirian' Adalah Pilihan Yang Terbaik.

Persoalan?

Keperluan Untuk Memiliki Platform Digital Yang Anda Kelola Sendiri Sepenuhnya? Boleh Menjual Apa Jua Produk/Servis.

Memiliki Platform Digital Sendiri

          Keperluan untuk memiliki platform digital yang menjadi hak milik persendirian adalah sangat penting bagi sesebuah perniagaan. Ini kerana, platform ini akan digunakan sebagai hab atau kedai perniagaan anda di dunia internet.

Perumpamaan yang boleh diberikan adalah:

Jika anda diberi pilihan untuk memilih samada memiliki rumah sendiri atau rumah sewa, yang mana satu akan menjadi pilihan kalbu? Pastinya rumah SENDIRI.

          Walaupun pada hakikat yang kedua-duanya adalah rumah tetapi, memiliki rumah sendiri pasti menjadi pilihan bagi setiap individu. Sama juga perihalnya mengenai memiliki platform digital. Memang tidak dinafikan bahawa terdapat banyak website (cth: mukabuku.com) yang menyediakan peluang membina ruangan sendiri yang bersifat percuma dan mudah dikendalikan. Tetapi, mesti diingatkan bahawa ruang ini bersifat seperti ‘rumah tumpangan’ yang merupakan hak milik orang lain.

          Sedarkah anda yang pada bila-bila masa mereka boleh mengubah syarat pemilikan yang ditetapkan atau lebih buruk lagi website mereka sudah tidak lagi releven (cth: ruangsaya.com). Bayangkan apabila website percuma yang anda gunakan sekarang sudah tidak lagi releven. Maka, anda akan terpaksa memulakan semula ruangan paparan perniagaan anda dari permulaannya.

Jadi, situasi ini jelas menunjukkan bahawa memiliki platform digital sendiri adalah pilihan yang terbaik.

          Namun demikian, janganlah kita bersifat kurang cerdik untuk tidak memanfaatkan ruangan percuma ini. Ini kerana ruangan ini sememangnya memiliki manfaatnya yang tersendiri terutamanya dalam mencari pelanggan di lapangan media sosial.

Bahkan, anda boleh menjadikan platform percuma ini sebagai antara platform sokongan untuk memasarkan produk/khidmat dan membawa orang ramai untuk mengunjungi platform digital persendirian anda.

Kriteria Penting Setelah Memiliki Platform Digital Sendiri

          Untuk memiliki dan membina platform digital yang menjadi hak milik persendirian, menjadi keperluan untuk pemilik perniagaan memenuhi beberapa kriteria penting.

  1. Arif tentang flow bagaimana pelanggan mendapatkan produk/khidmat anda.
  2. Menguasai emosi bakal pembeli.
  3. Menyediakan tindakan akhir kepada pelanggan yang berminat. 

Dengan memiliki platform digital sendiri, ianya akan memberikan ruang sepenuhnya kepada pemilik perniagaan untuk menyusun strategi terbaik menggunakan apa jua cara sekalipun bertujuan menarik minat pelanggan.

Keuntungan Tambahan

          Selain itu, pemilik perniagaan juga boleh membuat passive income dengan memiliki platform digital persendirian ini. Hanya perlu 2 syarat.

  1. Menyediakan ruang untuk syarikat pengiklanan mengiklankan perniagaan mereka
  2. Menyampaikan intipati maklumat yang berguna kepada orang ramai.

Titik.