0830AM – 1700PM

Jumaat – Ahad

+60195059157

admin@habpemasarandigital.com

Suis Media Studio ( 002942968-T )

40170 Shah Alam, Selangor

0830AM – 1700PM

Jumaat – Ahad

+60195059157

admin@habpemasarandigital.com

Suis Media Studio ( 002942968-T )

40170 Shah Alam, Selangor

Wujudkan Perniagaan Anda di Dunia Internet

Platform Pemasaran Digital Membantu Sebelum, Semasa dan Selepas Pelanggan Membeli Produk/Khidmat Anda.

Persoalan?

Bagaimana Platform Pemasaran Digital Membantu Meningkatkan Hasil Jualan Perniagaan Anda?


       Dewasa ini, aktiviti pelanggan mendapatkan sesuatu produk/khidmat telah berubah sama sekali. Kalau dahulunya pelanggan perlu pergi ke kedai untuk mendapatkan barangan yang dikehendaki, namun kini tidak lagi. Dunia sudah berada di hujung jari. Kini pelanggan hanya perlu melayari di internet dan setelah melalui beberapa peringkat proses, maka sekelip mata produk/khidmat sudah berada di depan mata.

Proses perjalanannya adalah semudah 1, 2 dan 3…

  1. Pelanggan lihat atau dengar tentang sesuatu produk/khidmat dan ingin mengetahuinya dengan lebih lanjut.
  2. Pelanggan melayari internet untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk/khidmat tersebut dan terus membuat perbandingan untuk mendapatkan tawaran yang terbaik.
  3. Pelanggan memilih dan membuat keputusan untuk mendapatkan produk/khidmat yang dikehendaki lalu melakukan transaksi. 

Jeng jeng jeng… setelah beberapa hari, maka produk/khidmat sudah tersedia di depan mata.

Jadinya, menjadi satu kemestian untuk sesebuah perniagaan mewujudkan platform digital supaya dapat menjadi sebahagian daripada proses pelanggan dalam mendapatkan sesuatu produk/khidmat. 

Di dunia Internet, sesebuah perniagaan boleh tampil ketika 3 keadaan iaitu;

  • Sebelum: Keadaan ketika pelanggan mula mengetahui tentang produk/khidmat.
  • Semasa: Pelanggan melayari tentang produk/khidmat
  • Selepas: Pelanggan membuat keputusan dan melakukan transaksi untuk mendapatkan produk/khidmat.

Makanya, untuk tampil dalam 3 keadaan ini, terdapat beberapa platform pemasaran digital yang boleh diguna pakai oleh pemilik perniagaan. Berikut merupakan antara senarainya:

Website

Website adalah platform digital yang terbaik bagi misi mewujudkan sesebuah perniagaan dalam dunia internet.

Website di sini merujuk kepada:

  • Platform digital yang bersifat persendirian yang menjadi hak milik individu/organisasi sepenuhnya.

Tidak dinafikan bahawa terdapat banyak web builder yang menyediakan ruang membina website sendiri yang bersifat percuma dan mudah dikendalikan. Tetapi, mesti diingatkan bahawa site builder ini merupakan ‘rumah tumpangan’ hak milik orang lain yang pada bila-bila masa boleh diubah syarat pemilikannya atau lebih buruk lagi apabila site builder ini menjadi tidak lagi releven untuk digunapakai (cth: ruangsaya.com). Jadi, sebaiknya pemilik perniagaan wajib untuk memiliki website yang menjadi hak milik persendirian.

Google

          Google merupakan platform carian digital yang menjadi satu kemestian untuk sesebuah perniagaan tampil menjadi sebahagian daripada hasil carian pelanggan. Menjadi sebahagian daripada perniagaan yang terpapar di carian Google penting kerana tidak dapat dinafikan bahawa pelanggan akan memilih Google sebagai medan untuk mereka mencari maklumat berkenaan sesuatu produk/khidmat.

          Google sendiri turut menyediakan pelbagai produk untuk memudahkan sesebuah perniagaan wujud dalam dunia internet. Produk yang Google sediakan membantu dalam menyediakan gambaran awal, lokasi, dan khidmat yang ditawarkan oleh sesebuah perniagaan. Menarik bukan jika anda hanya perlu memberitahu sekali sahaja dan setelah itu beribu orang akan tahu mengenai perniagaan anda dalam tempoh masa yang lama (selagi Google masih wujud). 

          Google turut menyediakan platform digital yang membantu dalam menganalisa data hasil dari kunjungan pelanggan yang berminat. Data ini penting bagi memastikan keberkesanan pada kaedah penyampaian maklumat yang disampaikan kepada pelanggan oleh sesebuah perniagaan.

          Hasil daripada data ini, pemilik perniagaan dapat melakukan penambahbaik maklumat yang seterusnya akan membantu meningkatkan hasil jualan perniagaan.

Berita Baik! Produk/Servis Anda Boleh Dipasarkan Secara PERCUMA Melalui Platform Pemasaran Digital.

         Cara ini direalisasikan dengan mengambil kira beberapa aspek penting dalam menyampaikan maklumat perniagaan di platform digital kepada pelanggan. Kriteria 13 mesti dipenuhi dalam usaha memperoleh pemasaran percuma. Carian di Google akan membaca maklumat perniagaan dan memaparkannya pada mereka yang mencari produk/servis anda. Menariknya apabila Google melakukan perkara ini tanpa mengenakan sebarang cas. Terima kasih Google!

Platform Pengiklanan Digital

Platform pengiklanan yang wujud dalam dunia digital boleh dibahagikan kepada 2 jenis: 

  • Media Sosial
  • Laman Sesawang ( Website )

          Perkara menarik mengenai platform pengiklanan digital adalah produk/khidmat hanya akan diiklankan kepada mereka yang berminat sahaja. Ini sangat menguntungkan kerana empunya iklan hanya akan dicaj apabila pelanggan yang berminat mengunjungi atau ingin mendapatkan produk/khidmat anda.