0830AM – 1700PM

Jumaat – Ahad

+60189571058

Suis Media Studio ( 002942968-T )

40170 Shah Alam, Selangor

0830AM – 1700PM

Jumaat – Ahad

+60189571058

Suis Media Studio ( 002942968-T )

40170 Shah Alam, Selangor

Media Sosial vs Website

Spoil Alert! Kedua-duanya Ada Kebaikan Tersendiri Untuk Platform Pengiklanan Digital.

Persoalan?

Kenapa Perlu Buang Masa Siarkan Iklan dan Bazirkan Kos Pengiklanan Pada Mereka Yang Tidak Mahu Pada Produk/Khidmat Anda?

       Sudah menjadi suatu kebiasaan bagi setiap perniagaan untuk mengiklankan produk/khidmat mereka melalui medium hardcopy seperti bunting, banner dan flyers. Medium ini dilihat umpama antara perkara wajib yang perlu dilakukan oleh setiap perniagaan sehingga ada di antara mereka yang merasakan tanpa flyers bermaksud tiada bisnes.

Persoalannya, benarkah sangkaan ini?

Jawapannya TIDAK.

Jika sangkaan ini benar, jadi bagaimana easy.my boleh menjadi antara platform jualan barangan yang dekat di hati rakyat Malaysia dengan jumlah pembeli hampir melebihi 7juta orang tiap bulan. Ini jelas membuktikan, tanpa medium hardcopy perniagaan masih boleh berjalan.

Jadi sedarkah anda, platform apakah yang digunakan oleh easy.my untuk memasarkan produk rakyat Malaysia kepada rakyat Malaysia? Semestinya, Platform Pengiklanan Digital. 

Platform Pengiklanan Digital.

Platform pengiklanan yang wujud dalam dunia digital boleh dibahagikan kepada 2 jenis: 

  • Media Sosial
  • Laman Sesawang ( Website )

Media Sosial

          Platform pengiklanan digital melalui media sosial bersifat santai dan lebih kepada interaksi dua hala antara pengguna dan pemilik akaun page. Aktiviti perkongsian, perbualan dan penceritaan dengan pengguna lain adalah antara kaedah yang diguna pakai di media sosial. 

Perkara menarik mengenai pengiklanan di media sosial adalah pemilik page boleh mengiklankan produk/khidmat mereka supaya hanya dilihat oleh golongan yang mereka kehendaki sahaja.

Golongan ini boleh dibahagikan kepada beberapa bidang seperti:

  1. Peringkat umur
  2. Jantina 
  3. Kawasan / Tempat
  4. Minat / Hobi
  5. Kecenderungan perkara yang dilihat

dan banyak lagi…

Selain itu, terdapat beberapa jenis iklan dan cara penyampaian yang berkesan dalam mengiklankan produk/khidmat. Setiap jenis dan cara penyampaian memberikan impak yang tersendiri yang membantu dalam menggandakan hasil jualan perniagaan.

Laman Sesawang ( Website )

          Perbandingan platform pemasaran digital melalui laman sesawang dengan media sosial adalah, platform ini lebih bersifat ‘direct to the point’ yakni terus menjurus kepada misi menjual sesuatu produk/khidmat. 

Pengiklanan di laman sesawang terdiri daripada 2 jenis iaitu:

  1. Iklan melalui Carian
  2. Iklan melalui Paparan

Sebagaimana di media sosial, pengiklanan di laman sesawang turut mengiklankan produk/khidmat perniagaan kepada golongan yang berminat sahaja. Cumanya, capaian di laman sesawang akan dilihat lebih meluas lagi kerana melibatkan beribu bahkan berjuta pengunjung di laman sesawang.

Berita baik mengenai platform pengiklanan digital, pemilik perniagaan hanya akan di charge setiap kali pelanggan yang BERMINAT berinteraksi dengan iklan produk/khidmat anda sahaja.

Ini pasti akan menguntungkan pemilik perniagaan kerana mereka bukan sahaja boleh memantau dan melihat sendiri data prestasi iklan yang dijalankan bahkan mereka berhak membuat keputusan samada ingin meneruskan iklan atau menambahbaik penyampaian iklan.