0830AM – 1700PM

Jumaat – Ahad

+60189571058

Suis Media Studio ( 002942968-T )

40170 Shah Alam, Selangor

0830AM – 1700PM

Jumaat – Ahad

+60189571058

Suis Media Studio ( 002942968-T )

40170 Shah Alam, Selangor

Sediakan Gambaran Awal Tentang Perniagaan Anda

Pastikan Produk/Khidmat Perniagaan Anda Wujud di Carian Google dan Berjaya Menarik Minat Pelanggan.

Persoalan?

Bagaimana Perniagaan Anda Boleh Wujud di Carian Google dan Faktor Yang Menarik Minat Pelanggan kepada Produk/Khidmat Anda?

Wujud di Carian Google

         Google telah menyediakan pelbagai jenis produk yang berkesan untuk digunakan oleh pemilik perniagaan dalam memasarkan perniagaan mereka. Ada di antara produk Google yang mampu memberikan gambaran awal tentang produk/khidmat perniagaan anda seawal pelanggan mula mencari di dalam internet.

          Gambaran awal ini penting bagi tujuan menarik minat dan memberikan tanggapan yang baik kepada pelanggan tentang produk/khidmat yang anda tawarkan. Ini juga bagi memastikan perniagaan anda menang dalam persaingan di peringkat awal carian pelanggan.

          SUIS yakin yang anda pasti sudah arif dalam menetapkan lokasi perniagaan anda di Google. Namun, sebenarnya ada perkara lanjutan yang perlu anda lakukan dalam misi mewujudkan perniagaan anda di carian Google. Perkara lanjutan ini penting bagi memastikan pelanggan sedar dengan kewujudan perniagaan anda semasa mereka melakukan carian di Google.

Strategi Untuk Menang dalam Persaingan Setelah Wujud di Carian Google

Terdapat 5 perkara bernilai yang mesti dipenuhi untuk menang dalam persaingan awal di carian Google:

  1. Penggunaan kata carian
  2. Update tentang promosi produk/perkhidmatan 
  3. Maklumat tepat berkenaan perniagaan
  4. Gambar dan link berkaitan perniagaan
  5. Review pelanggan

Namun, 5 perkara ini tidak akan wujud tanpa anda penuhi 3 keperluan basic dari Google.

  1. Akaun Gmail
  2. Nombor telefon untuk pelanggan menghubungi perniagaan
  3. Alamat premis perniagaan

Dalam tempoh 2 minggu, Google akan menghantar kod rahsia ke alamat perniagaan anda dan anda akan diminta untuk mengesahkan kod yang diberi melalui penghantaran email.

Selesai.